Tuesday, 18 February 2014

Kedah 0 - 2 JDT : Jdt lebih konsisten menguasai permainan.

Kesebelasan utama:

Kedah: 4-4-2
            Saiful
Syazwan-Griffiths-Khairul-Azmizi
Syazwan-Gomez-Baddrol-Rizal
       Muhaymin- Mehmet

JDT: 4-4-1-1
            Izham
Mahali-Baihaki-Fadhli-Asra
Amri- Harris-Shakir-Awe
          Mat yo
          Luciano

JDT mudah menguasai hanpir keseluruhan permainan perlawanan kedua suku akhir Piala FA.
Dengan ketiadaan Aimar yang yang tidak cergas Jeminez mggunakan Mat yo mengisi posisi. Agak menarik Fadhli Sas kembali di posisi kegemaran beliau bergandingan bersama Baihakki. Aidil pula di bangku simpanan setelah baru pulih dari kecederaan. Asra pula bermain kali kedua sebagai kesebelasan utama.

Kedah pula nampak lebih mantap dengan kehadiran semula Baddrol Bakhtiar, selain Mohd Syazwan Zainol, Adam Grifith dan Khyril Muhaimin, setelah minggu lalu tidak bermain dalam perlawanan liga.

Penguasaan Baddrol 
Baddrol dilihat menguasai bahagian tengah padang dengan hantaran jauh kegemaran beliau sejak minit pertama permainan. berlegar di kawasan tengah membuat Hantaran -hantaran jauh mencari pemain sayap kiri membolehkan larian solo syazwan beberapa kali berjaya membolosi bahagian kanan JDT. Gomez bertindak sebagai deef midfielder.

Harris dan Shakir dilihat lebih menjadi deep midfielder dengan keduanya menjadi pelindung kepada barisan pertahanan membiarkan Mat Yo menggerakkan jentera serangan. berbanding sebelum ini Aimar dan Shafiq lebih kepada serangan.

Wing vs Wing
Perlawanan lebih tertumpu kepada pemain sayap kedua-dua pasukan.Dengan larian pantas menyerang dari tepi padang. amri dan syazwan yang dilihat lebih merbahaya untuk mecah gawang lawan masing-masing.

JDT menguasai Separuh masa kedua.
Separuh masa kedua menampakkan kelainan permainan yang ditunjukkan oleh JDT. menguasai sepenuhnya permainan. kedah pula tidak dapat menguasai perlawanan seperti 45minit pertama. perubahan ketara pada kedudukan harris yang mana separuh masa beliau lebih di belakang. tetapi selepas rehat harris lebih memainkan peranan cebagai CM mengambil penguasaan tengah dari Baddrol. membiarkan shakir di posisi deep midfielder.

Begitu juga gomez cuba lebih membantu baddrol untuk menjana serangan untuk separuh masa kedua. ini membolehkan haris senang melepasi tengah dan membuat hantaran terus kepada mat yo, amri dan awe.

Permaianan hantaran pendek yang digunakan jdt berjaya menguasai permaianan membuatkan beberapa terjahan keras dari pemain kedah.

Gol pertama

Gol pertama terhasil pada minit 65 daripada hantaran jauh dan kesilapan khairul yang sepatutnya membuat clearence semasa bola diudara. sebaliknya beliau menunggu bola mencecah tanah dan terlepas dari kawalan. mat yo yang hanya menunggu terus membuat larian dan mengelecek penjaga gol untuk gol pertama.

Sekiranya Kedah memperolehi gol pertama dahulu berkemungkinan permaian akan menjadi lebih sengit. Di sini terbukti gol pertama adalah penting untuk menjatuhkan moral pemain lawan. dengan jurang aggreget yang lebih banyak dilihat pemain kedah telah hilang kesungguhan dan moral.

Gol kedua hadir pada minit 85. dengan larian pantas amri melepasi azmizi membuat hantaran mudah kepada safee yang bijak mengisi ruang di depan gawang.

Kesimpulan
JDT dilihat lebih baik sejak 2 game terdahulu. dengan penguasaan harris dan shakir di bahagian tengah. JDT lebih mengunakan pendekatan tunggu dan counter sambil menunggu pihak lawan melakukan kesalahan. Namun begitu corak hantaran pendek yang diterapkan jimenez telah menampakkan hasil serba sedikit.

Kedah tidak banyak melakukan silap. kedah mengasak pada separuh masa petama tetapi tidak dapat menembusi benteng JDT. muhaymin tidak dpt melepasi baihakki yang tinggi lampai.

Tiada sepakan percuma ataupun hantaran bola mati yang betul-bertul membahayakan gawang. sekiranya ketajaman baddrol seperti biasa. mungkin boleh membawa padah kepada JDT..










No comments:

Post a Comment